Doa merupakan perkawa yang dilakukan untuk memohon kepada Allah. Selepas solat kita akan berdoa. Pada kali ini kami kongsikan dengan anda doa selepas solat fardhu yang mudah dan ringkas.
Secara amnya, kita boleh berdoa apa sahaja dalam bahasa yang kita kehendaki. Ini kerana Allah maha mengetahui setiap bahasa yang kita tuturkan. Akan tetapi adalah lebih baik kita berdoa dengan doa-doa yang telah nabi ajarkan kepada kita. Selain berdoa, kita juga akan mendapat pahala kerana mengikut sunnah baginda SAW.
Doa Selepas Solat Mudah dan Ringkas
Berikut adalah doa selepas solat ringkas dan mudah. Anda boleh praktikkannya selepas anda usai mengerjakan solat.
Anda boleh save gambar di atas ini untuk simpanan anda sebagai rujukan di masa hadapan.
Berikut pula adalah maksud ataupun makna doa selepas solat ini.
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.”
Jika dapat, kita perlulah mengetahui apakah makna disebalik bacaan doa selepas solat yang diucapkan. Ini bagi menambahkan lagi kekhusyukan kita semasa berdoa.
Bacaan doa Selepas solat dalam Rumi
Manakala, jika anda seorang yang mempunyai sedikit kesuakran membaca tulisan arab anda boleh jadikan panduan tulisan rumi di bawah ini untuk membaca doa ini.
Bismillah hir’rahma nirra’him Alhamdulillah hirob bil a’lamin Wassola tuwas sala mua’la saidina Muhammadinn asrofin mursalin, wa’ala alihi wasob bihi ajma’in Allahumma ahyiina bil iiman, wa’amit naa bil iiman, waiz kholnaal jannata maal iiman Allahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob baya naa sokhiroo Allahummaah timlana bi’khusnil khotimah, wala tahtim alaina bisuu ii’ khotimah Robbana laa tuziq qulubana, baq daiz hadaitana, wahab lana min ladun kharohmah, in’naka antal wahab Robbana a’tina fid’dun yaa hasanah, wafil a’ khirotil hasanah, waqinaa azab’bannar Wasollallah huala saidina Muhammad, wa’ala a’lihi wasobihi was’salam Walham dulillah hirob’bil a’lamiin –
Semoga artikel mengenai doa selepas solat ini dapat membantu anda untuk membaca doa dengan baik dan khusyuk setiap kali selesai mengerjakan solat fardhu.
0 comments:
Catat Ulasan