Begini Caranya Jadi Orang Kaya Yang Dicintai Allah


Seberapa pun kayanya hidup kita, rasanya tidak akan pernah bermakna jika kita tidak dicintai Allah. Mendapatkan ujian harta yang banyak bukanlah perkara yang mudah. Maka dari itu banyak di antara kita yang mempunyai banyak harta akhirnya lalai dan terjerumus ke dalam kemaksiatan.

Tapi, bukan bererti menjadi orang kaya tidak mempunyai kesempatan untuk beramal soleh. Justeru ketika kita menjadi orang kaya, maka terbukalah peluang kita untuk membantu orang lain. Terbuka pulalah kesempatan untuk menjadi hamba Allah yang dicintai-Nya.

"Sesungguhnya Allah mencintai hamba-Nya yang bertakwa, yang kaya (berkecukupan), dan tidak menyatakannya," (HR. Muslim dan Ibnu Hibban)

Orang yang kaya yang bertakwa merupakan sosok sempurna, selain mereka mempunyai kelebihan dari segi materi orang yang demikian ini juga mempunyai kekayaan hati untuk sentiasa mengikuti perintah Allah SWT.

Tentu saja agak sukar untuk mencari orang yang demikian. Sebab, kebanyakan orang yang sudah mendapat kekayaan seolah lupa akan perintah agama. Bahkan banyak di antara mereka yang terjerumus dalam lembah kesesatan kerana kekayaan tersebut.

Banyak orang yang sudah memiliki kekayaan berlimpah namun tetap sahaja merasa tidak puas. Mereka justru terus mencari cara untuk mengumpul harta agar semakin banyak dengan cara apapun termasuk perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT.

Selain itu, Allah juga mencintai hamba-Nya yang kaya tetapi tidak menyatakannya. Maksudnya adalah orang tersebut tidak menunjuk-nunjuk dan tidak sombong atas kekayaan yang dimilikinya tersebut. Walau bagaimanapun, kriteria ini juga lumayan sukar untuk ditemui pada era sekarang ini.

Banyak kita jumpai fenomena orang kaya yang suka menunjuk-nunjuk hartanya kepada orang lain. Hal ini banyak ditemui di media sosial, ada orang kaya yang bergambar dengan kereta, wang, ataupun mempamerkan segala perhiasan mereka agar dilihat khalayak ramai. Padahal yang demikian itu tidak ada faedahnya sama sekali.

Ketahuilah bahawa orang kaya yang sombong itu termasuk dalam golongan orang yang dibenci oleh Allah SWT. Maka dari itu, apabila kita diberi kelebihan berupa harta tetaplah menjadi orang yang rendah hati.

Selain kriteria di atas, Allah SWT juga mencintai orang kaya yang tetap rendah hati, dermawan (gemar bersedekah). Sudah sewajarnya apabila diberikan kelebihan kita membagikannya sedikit kepada orang yang memerlukan. Sebab, dalam harta kita tersebut terdapat jatah kaum miskin yang sepatutnya diberikan.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan