Gara-Gara 1 Orang yang Seperti Ini, Doa 70 ribu Orang Ditolak



Doa merupakan kekuatan bagi setiap muslim untuk menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Tetapi gara-gara satu orang ini, doa 70 ribu orang ditolak. Kisah ini terjadi pada masa Nabi Musa dan telah tertulis dalam pelbagai buku serta tafsir Al-Quran. Kisah ini boleh menjadi satu pelajaran bagi setiap muslim yang telah melakukan dosa besar. Bagaimana kisahnya?

Nabi Musa merupakan salah satu Nabi utusan Allah SWT yang mendapat banyak mukjizat daripada-Nya. Pada masa Nabi Musa terdapat sebuah kisah yang dapat menjadi pelajaran bagi setiap umat Islam di dunia ini. Kisah ini telah popular dan telah banyak ditulis dalam buku serta tafsir Al-Quran.

Kisah ini bermula dari umat Nabi Musa yang mengalami masa-masa yang sangat sukar untuk bertahan hidup iaitu kemarau yang berpanjangan, pokok dan tumbuhan mula mati, dan ternakan juga mulai banyak yang mati sehingga persediaan makan mereka semakin berkurangan. Masyarakat Bani Israil ini berkeluh kesah kepada Nabi Musa dan meminta untuk memohon kepada Allah SWT agar diturunkan hujan yang besar untuk mengatasi masalah kemarau panjang.

Keadaan seperti ini berlangsung cukup panjang sehingga masyarakat terus mendesak Nabi Musa untuk memohon diturunkannya hujan di tanah mereka. Akhirnya Nabi Musa mengumpulkan rakyatnya dan kira-kira 70 ribu orang telah berkumpul untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT. Nabi Musa melakukan komunikasi kepada Allah SWT dengan berdoa. Allah SWT memberikan jawaban atas doa yang dipanjatkan Nabi Musa yaitu Allah SWT tidak akan menurunkan hujan walaupun ada 70 ribu orang yang telah berdoa kepada-Nya kerana ada satu orang yang berdosa besar secara nyata yaitu melakukan maksiat selama 40 tahun lamanya.

Nabi Musa menyampaikan hasil doanya kepada seluruh masyarakat dan meminta satu orang yang berdosa tersebut keluar dari barisan. Setelah mendengar perintah dari Nabi Musa maka seorang pendosa tersebut berdiri dan keluar dari barisan, tidak hanya itu saja dia juga merasa bersalah dan bertaubat menurut Islam, iaitu tidak akan mengulangi perbuatan dosa yang telah dilakukannya selama ini. Sang pendosa ini keluar dari barisan tetapi tidak ada seorang pun yang melihatnya keluar dari barisan.

Selang beberapa waktu akhirnya Allah SWT menurunkan hujan yang sangat deras sehingga tanah mereka menjadi basah. Nabi Musa berasa hairan kerana dia tidak melihat satu orang pun yang keluar dari barisannya. Nabi Musa akhirnya bertanya kepada Allah SWT perihal tersebut dan Allah SWT telah menerangkan bahawa orang yang berdosa tersebut telah keluar dari barisan dan telah bertaubat dari dosa besar. Allah SWT telah menutupi dosanya sehingga tidak seorang pun melihat orang ini keluar dari barisan.

Kisah ini dapat menjadi pelajaran bagi setiap muslim bahawa Allah SWT maha pengampun sehingga sebesar apapun dosa yang telah kita lakukan dan kita menyesalinya serta benar-benar bertaubat atas dosa tersebut maka pintu keampunan akan senantisa terbuka untuk dirinya. Inilah tuntunan bertaubat kepada Allah SWT.

Keampunan Allah SWT tak terbatas bagi setiap orang yang bertaubat dan tidak akan mengulangi kesalahan yang sama. Kisah ini juga dapat memberikan pelajaran bagi setiap muslim agar tidak menjadi seorang yang pengadu dan seorang yang menyebarkan fitnah yang sangat kejam
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan